Monday, October 5, 2009

PESTA PANTAI TANJUNG KEMBANG KABONG 23-25 OKTOBER INI

SARATOK, 06 Okt - Acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh penduduk Kabong saban tahun iaitu Pantai Tanjung Kembang Kabong akan berlangsung selama tiga hari bermula 23 hingga 25 Oktober depan, dekat sini.
Pelbagai program menarik akan diadakan bersempena pesta tersebut iaitu Seminar Budaya Melayu (Bertandak/Mopeng) pada 21 dan 22 Oktober, Pertandingan Tarik Tali Terbuka Sarawak, Ekspo Pembangunan dan Pendidikan, Pameran Makanan dan Hasil Kampung, Kabong Idol dan Pentas Rakyat yang akan menampilkan artis tempatan dan semenanjung.
Selain itu, turut diadakan ialah Pertandingan Busana Islam, Pertandingan Tarian Kreatif, Larian Dualthon, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Pertandingan Memasak dan Kabong Kitchen.
Majlis Penangguhan pesta tersebut akan disempurnakan- oleh Menteri Perumahan, Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg pada 25 Oktober jam 3.00 petang.
Orang ramai dijemput hadir.
(Artikel ini telah dihantar ke BMKK JPM untuk diedarkan kepada rakan media)

No comments:

Post a Comment