Sunday, October 4, 2009

PESTA AIR SUNGAI KRIAN 2009

SARATOK, 05 Okt - Acara tahunan yang sinonim dengan Daerah Saratok iaitu Pesta Air Sungai Krian akan berlangsung pada 31 Oktober hingga 1 November depan di Tebingan Sungai Krian, dekat sini.
Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan seperti Saratok Fest yang telahpun bermula sejak 2 Oktober lalu hingga 1 November depan, Karnival Ketua Masyarakat, Malam Kebudayaan, Regatta (Lumba Perahu), Pertandingan Menyumpit, Mini Expo Perdagangan, Pameran Pembangunan, Pertandingan Pangkah Gasing, pertunjukan bunga api dan jualan hasil tani.
Tahun ini merupakan kali ke-7 pesta tersebut diadakan dan ia dijadikan sebagai acara tradisi tahunan daerah Saratok. Pesta tersebut masih kekal dengan tema berunsurkan perpaduan iaitu ‘Air Dicincang Tidak Akan Putus’.
Orang ramai dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan pesta yang ditunggu-tunggu oleh segenap lapisan masyarakat di Saratok dan kawasan sekitarnya saban tahun.
(Artikel ini telah dihantar ke BMMK JPM untuk diedarkan kepada rakan media)

No comments:

Post a Comment