Friday, February 12, 2010

SK ABG ABD RAHMAN SERAH SUMBANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN

Cikgu Wan menyampaikan sumbangan kepada Firdaus

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Abang Abdul Rahman Saratok, WanBusrah Wan Sukran menyerahkan bantuan sebanyak RM 853.00 kepadaMuhammad Firdaus S.A Jamil, 10, dan Mohd Helmi Abdul Rahman, 8, pelajar mangsa kebakaran Kampung Masjid Saratok, baru-baru ini,di dewan sekolah tersebut, pagi tadi.

Sumbangan yang diserahkan merupakan hasil kutipan derma daripadapelajar, kakitangan dan guru sekolah berkenaan.

Pada Ahad lalu, (7 Februari) jam 4.15 petang telah berlaku kebakaran yang telah memusnahkan tiga buah rumah dan sebuah stor di kampung tersebut.

Hadir sama semasa penyerahan tersebut ialah, Pegawai PeneranganDaerah, Norliza Isahak, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Razenah Sepawi, Penolong Pentadbiran, Sahat Julaihi, Penolong Kanan Ko-kurikulum, Wan Ahmad Wan Kadri dan ibu mangsa, Salbia Brahim.


TIGA BUAH RUMAH, SEBUAH STOR MUSNAH DALAM KEBAKARAN

YB meluangkan masa untuk berbual dengan mangsa

YB melawat kawasan kebakaran

YB bersama ketua-ketua jabatan selepas melawat mangsa kebakaran
YB menyampaikan sumbangan kepada suami Liza Omeng

YB menyampaikan sumbangan daripada FELCRA kepada Salbia

Sumbangan daripada Kebajikan

YB (tengah) menyampaikan bantuan kepada Busri (kanan)
daripada PBB N.33 Kalaka

Menteri Muda Perumahan dan Pembangunan Bandar, dan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar, Tuan Haji Abdul Wahab Aziz melawat mangsa kebakaran yang melibatkan tiga buah rumah dan sebuah stor di Kampung Masjid Saratok, baru-baru ini.
Mangsa yang menerima bantuan terdiri daripada Busri Bakar,58, Liza Omeng,25, Haji Osman Haji Ta, 67, Salbia Brahim, 42, dan Haji Ainie Adenan,61.
Beliau yang juga ADUN N.33 Kalaka telah menyampaikan sumbangan berupa wang tunai daripada PBB N.33 Kalaka kepada empat buah keluarga yang berjumlah sebanyak RM3,300.00.
Pada masa yang sama beliau turut menyampaikan sumbangan daripada FELCRA yang berjumlah RM1,200.00 serta sumbangan berupa makanan dan keperluan dapur dari Jabatan Kebajikan.
RELA dan Persatuan Agama Buddha juga turut memberikan sumbangan makanan kepada mangsa.
Pada 7 Februari lalu, jam 4.15 petang telah berlaku kebakaran yang telah memusnahkan tiga buah rumah dan sebuah stor di kampung tersebut.
Tragedi itu telah mengejutkan orang kampung dan dalam masa beberapa minit sahaja api terus marak dengan cepat. Api yang berpunca dari rumah sewa Haji Osman gagal dikawal dan ia telah merebak ke rumah Busri dan Liza Omeng serta stor milik Haji Ainie.
Orang kampung bertindak menghubungi pihak Bomba dan mereka tiba selepas 15 minit kemudian. Bomba dengan bantuan penduduk kampung berjaya mengawal api selepas satu jam bergelut dengan bahaya api tersebut. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Walau bagaimanapun, mangsa hanya tinggal sehelai sepinggang sahaja. Ketika api daripada rumah Haji Osman merebak hanya dua beradik sahaja berada di rumah yang berumur 8 dan 10 tahun manakala kedua ibubapa mereka tiada di rumah. Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak Bomba.
Hadir sama ialah wakil Pegawai Daerah Saratok, Michael Dajie, wakil Ketua Polis Daerah, Cif Ins Omar Abdul Rahman, Pegawai Rela Daerah, Yaakub bin Ramli, Pegawai Kebajikan Daerah, Dayang Abra Abang Brahim, Pegawai Bomba, Suna Haji Kaha, Wakil Pengurus Felcra, Rimdan, Pegawai Penerangan Daerah, Norliza Isahak, wakil Jurutera Daerah, Ajis Haji Nyasar, Pemanca Sahari, Penghulu Tan Yok Nge, KK Haji Jamaie dan KK Abang Muhammad.

Tuesday, February 2, 2010

ADUN N.33 KALAKA RASMI ANUGERAH KECEMERLANGAN SMK ASAS 2009

Menteri Muda Perumahan dan Pembangunan Bandar dan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar, Tn Haji Abdul Wahab Aziz melahirkan rasa bangga terhadap keputusan cemerlang SMK Agama Sri Aman (ASAS) dalam peperiksaan tahun 2009 dan mendapat tempat pertama bagi Sekolah Menengah di seluruh Bahagian Betong.

Menurut beliau bukan sahaja pihak sekolah, ibu bapa dan pelajar sendiri yang berbangga jika mendapat keputusan yang cemerlang malahan pemimpin (beliau) juga akan turut berbangga.

Beliau yang juga ADUN N.33 Kalaka menjelaskan bahawa pelajar, ibu bapa dan guru perlu berganding bahu dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan menjadikan ia sebagai teras perjuangan.

Selain itu, beliau juga menyeru agar ibu bapa sentiasa memberikan dorongan dan motivasi kepada anak-anak supaya mereka sentiasa berdaya saing dalam pelajaran di sekolah dan bersemangat untuk maju.

Tambahnya lagi, kerajaan telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk pendidikan demi memastikan anak-anak mencapai kecemerlangan dan mendapat pendidikan sewajarnya.

Selain itu, beliau juga berharap agar masyarakat sentiasa menyokong program-program ilmu dalam usaha untuk membentuk masyarakat berilmu.

Beliau yang juga Penaung PIBG SMK ASAS turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM25,000 untuk PIBG sekolah tersebut.

Pada majlis tersebut beliau telah menyampaikan Anugerah Pelajar Harapan 2009 kepada Mohamad Zulkanain b. Sedi dan Nor Adilah Sabeni, Anugerah Pelajar Cemerlang PMR 2009 iaitu Siti Atikah Abdullah yang telah mendapat 9A, (lima orang mendapat 8A, 9 orang 7A dan 4 orang 6A) Anugerah Permata Pintar (Nur Azmina Bedian) , Anugerah Khas Program Nilam (Noradila Hamry) Anugerah Khas Pencapaian Cemerlang Ko-kurikulum 2009, Anugerah Hal Ehwal Murid 2009, Anugerah Pelajar Cemerlang seluruh Tingkatan, dan Anugerah Cemerlang mengikut Mata Pelajaran.

Hadir sama ialah Pengetua Kanan SMK ASAS, Haji Mahusain Haji Ismail, YDP PIBG, Sani Mentaril dan Pegawai Pendidikan Daerah Saratok, Daud Mohamad dan wakil Pegawai Daerah Saratok , SAO Laga.


foto akan diupload kemudian