Friday, August 21, 2009

SEKITAR MAJLIS DOA SELAMAT BANGUNAN BARU PEJABAT DAERAH SARATOK

(Selaku tuan rumah, En. Daniel Supit (D.O) menyampikan amanat sepatah dua kata kepada tetamu yang hadir)

(Mendengar amanat daripada Tuan D.O)

(Meja hidangan menu yang lazat-lazat : nasi putih, kari ayam, telur masak merah, sayur umbut, ikan masin, sambal mangga, ketupat dan buah tembikai)

(Para tetamu memilih pelbagai juadah yang disediakan)

(Antara tetamu yang hadir)

(Dayang Abra dan Latifah mengisyaratkan simbol 1 Malaysia kepada penulis)
(Penghulu Tan Yok Ngee sedang menjamu selera)

Pada majlis tersebut, seramai 50 orang tetamu telah hadir yang terdiri daripada ketua-ketua jabatan, ketua-ketua masyarakat dan anggota-anggota Pejabat Daerah Saratok. Menurut Tuan D.O mereka akan beroperasi sepenuhnya di pejabat baru pada 1 September 2009. Tanggal 17 Ogos yang lalu pejabat baru mereka telah mendapat kunjungan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, YB Datuk Haji Morshidi Bin Haji Abdul Gani.

Tuesday, August 18, 2009

PERASMIAN ANJUNG BESTARI DAN INFO BESTARI KOMUNITI BESTARI (KB) RH. PELIGONG

(YB Wahab menandatangani Plak Anjung Bestari)
(YB Wahab (kiri) melakukan simbolik penyerahan komputer kepada Tuai Rumah, Cr Amit ak Gelanyang sambil disaksikan oleh Pegawai Penerangan Bahagian Sri Aman/Betong, En. Charles Sigat (dua dari kiri) dan penulis (tiga dari kiri)

(YB Wahab, penulis dan En. Charles Sigat(kanan) memerhati seorang
juruteknik yang sedang mengendalikan komputer
(YB Wahab dan rombongan 'meniti ruai')
(Antara tetamu yang hadir)
(YB Wahab menerima cenderahati daripada Pengerusi KB, En. Walker Enjop)
(Pegawai Penerangan Bahagian Sri Aman/Betong menerima cenderahati daripada Tuai Rumah, Cr Amit ak Gelanyang)

Pada 16 Ogos yang lalu, Pengerusi Perbadanan Perumahan (HDC) Sarawak, YB En. Abdul Wahab Bin Aziz telah merasmikan Anjung Bestari dan Program Ceramah Info Bestari Komuniti Bestari (KB) Rh. Peligong, di Rh. Cr Amit ak Gelanyang.

Program anjuran bersama Jabatan Penerangan Daerah Saratok tersebut telah disambut meriah oleh penduduk rumah panjang dengan pelbagai program yang telah dirancang.
Berikut ialah antara tentatif program tersebut:-
*Menandatangani Plak Anjung Bestari
*Penyerahan Komputer dan Pencetak kepada KB
*Ucapan Tuai Rumah, Cr Amit ak Gelanyang
*Ucapan Pengerusi KB, En. Walker Enjop Assan
*Ucapan Pegawai Penerangan Bahagian Sri Aman/Betong, En. Charles Sigat Asson
*Taklimat wakil HDC berhubung pinjaman perumahan
*Amanat daripada YB En. Abdul Wahab bin Aziz
*Merarau
*Ceramah 1 Malaysia / Ceramah Rukun Negara
*Majlis Ngiling Tikai
*Pengerindang Malam

Pada majlis tersebut, YB Wahab telah mengumumkan geran sebanyak RM 15,000 kepada rumah tersebut untuk penambahbaikan/kecantikan kawasan perkarangan rumah panjang terbabit. Beliau juga turut meyumbang sebanyak RM 3,000.00 untuk Komuniti Bestari.
Terima Kasih YB!
Seramai 300 orang tetamu telah hadir pada majlis tersebut. Hadir sama ialah wakil Pegawai Daerah Saratok, En. Rangen Jamang, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua kaum dan penduduk setempat.

YB DATUK PETER RASMI KURSUS TEKNOLOGI LADA


Gambar menunjukkan :-
Menteri Muda Pertanian (Pertubuhan Peladang dan Koperasi), Datuk Peter Nyarok ak Entrie (dua dari kiri) menyerahkan anak benih lada variasi ‘Semenggok Aman’ kepada Penghulu Kadam ak Manai (kanan) sebagai simbolik Perasmian Kursus Teknologi Lada anjuran Lembaga Lada Malaysia (MPB) Cawangan Sarikei pagi tadi, sambil disaksikan oleh Pengarah Wilayah MPB Cawangan Sarikei, Makop Kelon (kiri) dan wakil Pegawai Daerah Saratok, Michael Dajie (dua dari kanan).
Ia merupakan kursus siri kelima anjuran MPB di Sarawak pada tahun 2009.
Seramai 40 orang petani telah terpilih untuk menyertai kursus tersebut yang berlangsung selama empat hari bermula pada hari ini (18 Ogos 2009) sehingga Jumaat, 9 Ogos 2009.
Objektif kursus tersebut ialah untuk melahirkan pekebun yang mahir dan berpotensi dari sudut penjagaan, membaikpulih dan pengurusan kebun / ladang untuk mendapat hasil lada yang lumayan dan berkualiti tinggi dan seterusnya meningkatkan taraf hidup petani.


(CAPTION INI TELAH DIHANTAR KE BMKK, JABATAN PENERANGAN MALAYSIA PADA 18.08.2009)

Tuesday, August 11, 2009

KEKURANGAN BEKALAN GULA DI DAERAH SARATOK

Selain sedang berdepan dengan krisis air, daerah ini juga sedang menghadapi masalah kekurangan bekalan gula. Seluruh kedai runcit di kampung-kampung sudah kehabisan gula untuk di jual kepada pelanggan.
Penduduk hanya dapat memperolehi bekalan tersebut daripada sebilangan kecil kedai-kedai di pekan. Setiap pembeli telah dihadkan untuk membeli dua kilogram gula sahaja bagi setiap pembelian.
Jika masalah ini berlarutan penduduk di Saratok bakal menemui jalan sukar memandangkan kurang daripada dua minggu lagi umat Islam akan menyambut ketibaan Ramadhan dan dalam jangka masa sebulan lebih lagi sambutan Syawal akan menyusul.
Rakyat di Saratok sangat berharap agar masalah bekalan gula ini dapat diselesaikan.

Monday, August 10, 2009

KRISIS AIR DI SARATOK

Gambar menunjukkan :- Penduduk di Kampung Masjid berpusu-pusu mengerumuni lori JKR Saratok yang membawa air untuk kegunaan asas seperti memasak dan minum pada jam 09.30 malam.

Daerah Saratok kini sedang berdepan dengan masalah air sejak tiga hari yang lalu. Ia berikutan cuaca kemarau yang melanda dan ini menyebabkan Loji Perawatan Air Ng Lichok kurang punca bekalan untuk memproses air mentah. Penduduk kampung semakin resah dengan situasi tersebut kerana air merupakan keperluan utama penduduk dalam menjalankan aktiviti seharian. Ini merupakan kes pertama yang berlaku dalam tempoh yang panjang sejak 30 tahun yang lalu.
Kini penduduk bergantung harap kepada air sungai seperti air Sungai Krian, Sungai Sebetan, Ng Asam dan sungai-sungai di kawasan rumah panjang untuk mendapatkan bekalan. Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) turut membekalkan air ke kampung-kampung namun ianya tidak mencukupi untuk menampung penduduk di Saratok yang seramai 42,393 orang.
Penduduk kampung juga terpaksa menggunakan inisiatif dengan mendapatkan bekalan di daerah jiran seperti Betong. Berikutan daripada masalah ini harga air mineral yang terdapat di pasaran melambung tinggi. Sekotak air mineral (500ml x 24 botol) meningkat kepada RM 13.00 hingga RM 15.00. Harga biasa bagi air mineral tersebut ialah RM8.00 sekotak.



(Artikel in itelah dihantar ke BMKK, Jabatan penerangan Malaysia pada 10 Ogos 2009)