Wednesday, October 14, 2009

PERTANDINGAN TARIK TALI TERBUKA SARAWAK

Sempena Pesta Pantai Tanjung Kembang Kabong 2009, Jawatankuasa Pengelola Tarik Tali akan menganjurkan Pertandingan Tarik Tali Terbuka Sarawak yang akan diadakan pada 23 hingga 25 Oktober ini, di padang Sekolah Kebangsaan Abang Leman Kabong, dekat sini.
Pertandingan tersebut terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan ia terbahagi kepada dua kategori iaitu Terbuka Lelaki dan Terbuka Wanita.
Setiap pasukan dikehendaki mendaftar seramai sepuluh orang ahli iaitu lapan orang penarik manakala dua orang lagi sebagai peserta simpanan.
Berat badan dalam satu pasukan semasa pertandingan (bagi lapan orang penarik) ialah tidak melebihi 640 kilogram bagi lelaki manakala 560 kilogram bagi wanita.
Yuran penyertaan bagi setiap pasukan ialah RM 200.00. Tarikh tutup penyertaan pula ialah pada 20 Oktober jam 2.00 petang manakala masa cabut undi, timbang dan taklimat akan diadakan pada 22 Oktober jam 9.00 pagi.
Johan pertandingan akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 5000.00 beserta piala, naib Johan (RM 3000.00 beserta piala), Tempat Ketiga (RM 2000.00 beserta piala) dan tempat keempat akan menerima sebuah piala.
Sebarang keterangan lanjut sila hubungi En. Suna Haji Kaha di talian 013-8058083, atau En. John Jemat (083-411267 / 083411201).
(Artikel ini telah dihantar ke BMKK untuk diedarkan kepada rakan media)

No comments:

Post a Comment