Friday, February 12, 2010

TIGA BUAH RUMAH, SEBUAH STOR MUSNAH DALAM KEBAKARAN

YB meluangkan masa untuk berbual dengan mangsa

YB melawat kawasan kebakaran

YB bersama ketua-ketua jabatan selepas melawat mangsa kebakaran
YB menyampaikan sumbangan kepada suami Liza Omeng

YB menyampaikan sumbangan daripada FELCRA kepada Salbia

Sumbangan daripada Kebajikan

YB (tengah) menyampaikan bantuan kepada Busri (kanan)
daripada PBB N.33 Kalaka

Menteri Muda Perumahan dan Pembangunan Bandar, dan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar, Tuan Haji Abdul Wahab Aziz melawat mangsa kebakaran yang melibatkan tiga buah rumah dan sebuah stor di Kampung Masjid Saratok, baru-baru ini.
Mangsa yang menerima bantuan terdiri daripada Busri Bakar,58, Liza Omeng,25, Haji Osman Haji Ta, 67, Salbia Brahim, 42, dan Haji Ainie Adenan,61.
Beliau yang juga ADUN N.33 Kalaka telah menyampaikan sumbangan berupa wang tunai daripada PBB N.33 Kalaka kepada empat buah keluarga yang berjumlah sebanyak RM3,300.00.
Pada masa yang sama beliau turut menyampaikan sumbangan daripada FELCRA yang berjumlah RM1,200.00 serta sumbangan berupa makanan dan keperluan dapur dari Jabatan Kebajikan.
RELA dan Persatuan Agama Buddha juga turut memberikan sumbangan makanan kepada mangsa.
Pada 7 Februari lalu, jam 4.15 petang telah berlaku kebakaran yang telah memusnahkan tiga buah rumah dan sebuah stor di kampung tersebut.
Tragedi itu telah mengejutkan orang kampung dan dalam masa beberapa minit sahaja api terus marak dengan cepat. Api yang berpunca dari rumah sewa Haji Osman gagal dikawal dan ia telah merebak ke rumah Busri dan Liza Omeng serta stor milik Haji Ainie.
Orang kampung bertindak menghubungi pihak Bomba dan mereka tiba selepas 15 minit kemudian. Bomba dengan bantuan penduduk kampung berjaya mengawal api selepas satu jam bergelut dengan bahaya api tersebut. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Walau bagaimanapun, mangsa hanya tinggal sehelai sepinggang sahaja. Ketika api daripada rumah Haji Osman merebak hanya dua beradik sahaja berada di rumah yang berumur 8 dan 10 tahun manakala kedua ibubapa mereka tiada di rumah. Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak Bomba.
Hadir sama ialah wakil Pegawai Daerah Saratok, Michael Dajie, wakil Ketua Polis Daerah, Cif Ins Omar Abdul Rahman, Pegawai Rela Daerah, Yaakub bin Ramli, Pegawai Kebajikan Daerah, Dayang Abra Abang Brahim, Pegawai Bomba, Suna Haji Kaha, Wakil Pengurus Felcra, Rimdan, Pegawai Penerangan Daerah, Norliza Isahak, wakil Jurutera Daerah, Ajis Haji Nyasar, Pemanca Sahari, Penghulu Tan Yok Nge, KK Haji Jamaie dan KK Abang Muhammad.

No comments:

Post a Comment