Monday, August 10, 2009

KRISIS AIR DI SARATOK

Gambar menunjukkan :- Penduduk di Kampung Masjid berpusu-pusu mengerumuni lori JKR Saratok yang membawa air untuk kegunaan asas seperti memasak dan minum pada jam 09.30 malam.

Daerah Saratok kini sedang berdepan dengan masalah air sejak tiga hari yang lalu. Ia berikutan cuaca kemarau yang melanda dan ini menyebabkan Loji Perawatan Air Ng Lichok kurang punca bekalan untuk memproses air mentah. Penduduk kampung semakin resah dengan situasi tersebut kerana air merupakan keperluan utama penduduk dalam menjalankan aktiviti seharian. Ini merupakan kes pertama yang berlaku dalam tempoh yang panjang sejak 30 tahun yang lalu.
Kini penduduk bergantung harap kepada air sungai seperti air Sungai Krian, Sungai Sebetan, Ng Asam dan sungai-sungai di kawasan rumah panjang untuk mendapatkan bekalan. Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) turut membekalkan air ke kampung-kampung namun ianya tidak mencukupi untuk menampung penduduk di Saratok yang seramai 42,393 orang.
Penduduk kampung juga terpaksa menggunakan inisiatif dengan mendapatkan bekalan di daerah jiran seperti Betong. Berikutan daripada masalah ini harga air mineral yang terdapat di pasaran melambung tinggi. Sekotak air mineral (500ml x 24 botol) meningkat kepada RM 13.00 hingga RM 15.00. Harga biasa bagi air mineral tersebut ialah RM8.00 sekotak.



(Artikel in itelah dihantar ke BMKK, Jabatan penerangan Malaysia pada 10 Ogos 2009)

No comments:

Post a Comment