Sunday, January 31, 2010

LAWATAN ADUN N.33 KALAKA KE KPG KUPANG

Ketibaan YB disambut oleh KPD Saratok

Antara jemputan yang hadir : Dari kiri:-
KPD, wakil Pengurus Besar SALCRA Sarawak, Tuan DO, YB, Penghulu Hamid, Pengurus Kawasan FELCRA Saratok, GB SK Kupang

YB menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Karaoke

Cenderahati untuk Penghulu Kpg Kupang


Daripada FELCRA untuk YB


YB menerima cenderahati kenang-kenangan daripada FELCRA

YB melawat Pameran PDRM


Pameran PDRM

KPD dan YB

YB memerhati brochure pameran


Sjn Sharbini sibuk mengagihkan beg cenderahati kepada pengunjung


YB menguji komputer di Sudut IT Pengajaran dan Pembelajaran SK Kupang



YB, Tn DO, GB dan Timbalan Pengurus FELCRA melawat Sudut IT

Pada 30 Januari 2010 Menteri Muda Perumahan dan Pembangunan Bandar dan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar, Tn Haji Abdul Wahab bin Aziz telah menghadiri Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran anjuran FELCRA Berhad Kawasan Saratok di Masjid Silaturrahim Kampung Kupang, Saratok.
Dalam ucapannya, YB menyeru agar para pelajar menyeimbangkan kecemerlangan dalam akademik dan ko-kurikulum untuk membentuk jati diri dan tahap keyakinan diri mereka demi kepentingan masa depan dan alam kerjaya.
Beliau yang ingin melihat pembangunan menyeluruh dalam DUN Kalaka satu hari nanti berharap agar Saratok melahirkan lebih ramai cerdik pandai selaras dengan pembangunan fizikal yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional.
Tambahnya, ibu bapa perlu menyokong minat anak terutamanya yang mahir dalam teknikal memandangkan prasarana kerja kini yang memerlukan banyak kemahiran.
Berhubung dengan kemelut pertindihan tuntutan dengan pihak FELCRA, YB mencadangkan agar penduduk kampung bermesyuarah untuk mencari jalan penyelesaian di samping mengusulkan mereka agar menubuhkan koperasi supaya dividen dapat dibahagikan mengikut syer.
FELCRA bukan sahaja membangunkan kawasan kelapa sawit penduduk malahan turut membantu membangunkan kawasan peserta FELCRA. Agensi tersebut telah mengumumkan bantuan RM 50,000.00 untuk Masjid Silaturrahim.
Hadir sama pada majlis tersebut ialah Timbalan Pengurus Besar Wilayah FELCRA, Berhad Sarawak Andriaza Noria Peter, Pegawai Daerah Saratok, Daniel Supit, Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Lee Thai Len, Guru Besar SK Kupang, Sham, ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua masyarakat.





Wednesday, January 27, 2010

MAJLIS KESYUKURAN DAN DOA SELAMAT FELCRA

FELCRA Berhad Kawasan Saratok akan menganjurkan Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran bagi Menteri Muda Perumahan dan Pembangunan Bandar, Tuan Haji Abdul Wahab Aziz di Kampung Kupang, dekat sini, jam 10.30 pagi, 30 Januari ini.
Pihak PDRM turut bekerjasama dalam majlis tersebut dan Pameran PDRM akan diadakan di samping ceramah berhubung Pencegahan Jenayah pada hari yang sama.
Pada sebelah petang pula, Tn Haji Wahab Aziz yang juga merangkap Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar akan mengadakan lawatan ke Pejabat FELCRA di sini dan kemudian berangkat ke Rh Radin ak Apau, Kerupok, Sebetan untuk Majlis Perasmian Pintu Gerbang rumah panjang tersebut.

PERSATUAN PESARA SARATOK ANJUR MAJLIS MAKAN MALAM

Menteri Muda Pertanian (Pertubuhan Peladang dan Koperasi), Datuk Peter Nyarok ak Entrie akan merasmikan Majlis Makan Malam Persatuan Pesara Kerajaan Sarawak Cawangan Saratok pada Sabtu ini, 30 Januari, di Dewan Masyarakat, dekat sini.
Beliau yang juga merangkap Patron Persatuan tersebut bagi Cawangan Saratok akan menyampaikan ucaptama pada majlis tersebut.
Selain itu, turut diadakan untuk memeriahkan makan malam tersebut ialah Karaoke Lagu-lagu Tajaan, Persembahan Suara Emas dan Cabutan Tiket Bertuah.
Dijangka hadir sama ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Tn. Jelaing ak Mersat, Menteri Muda Perumahan dan Pembangunan Bandar, Tn Haji Abdul Wahab bin Aziz dan Presiden Persatuan Pesara Sarawak, Tn Haji Saidi bin Wahi, ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua masyarakat di Daerah Saratok.

Tuesday, January 19, 2010

MAJLIS ANGKAT SUMPAH AHLI-AHLI MAJLIS DAERAH SARATOK

Menteri Muda Pertanian (Pertubuhan Peladang dan Koperasi), YB Datuk Peter Nyarok ak Entrie (duduk, tengah) merakamkan foto kenang-kenangan selepas Majlis Angkat Sumpah Ahli-ahli Majlis Daerah Saratok (MDS) pada 18 Januari lalu di Bilik Mesyuarat, Perpustakaan Awam, Saratok.
Hadir sama ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Tn Jelaing ak Mersat (tiga dari kiri), Menteri Muda Perumahan dan Pembangunan Bandar dan Menteri Muda Pwembangunan Luar Bandar, Tn Haji Abdul Wahab Aziz (tiga dari kanan), Setiausaha Tetap KASKA, Dr Penguang Manggil (dua dari kiri), Residen Bahagian Betong, En Romie Sigan Daniel (dua dari kanan), Pegawai Daerah Saratok , Daniel Supit (kiri) dan Setiausaha Majlis Daerah Saratok, En Ignatius Jinnie Bunyau (kanan).
Mendahului Majlis Angkat Sumpah Ahli-ahli Majlis Daerah Saratok bagi sesi 2010-2011 ialah Pengerusi MDS, En. Daniel Supit, disusuli oleh Timbalan Pengerusi MDS iaitu En. Albert Beji Ajit dan 23 orang ahli majlis yang lain.
Turut disampaikan pada majlis tersebut ialah sijil penghargaan kepada Bekas Ahli Majlis, 136 rumah panjang yang berjaya menjelaskan 100 peratus cukai rumah bagi tahun 2009 dan Anugerah Khidmat Cemerlang Kakitangan MDS bagi Tahun 2006, 20007 dan 2008.