Monday, December 21, 2009

HARI INI DALAM SEJARAH

21 Disember 2009 merupakan tarikh bersejarah bagi rakyat di Saratok kerana buat pertama kalinya lampu isyarat diguna pakai di daerah ini. Majlis 'Switch On' tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Muda Perumahan dan Pembangunan Bandar dan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar, YB Tuan Haji Abdul Wahab Aziz.
Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pegawai Daerah Saratok, Daniel Supit, Setiausaha Majlis Daerah saratok, Ignatius Jinnie Bunyau, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua masyarakat dan kaunselor-kaunselor.
Perubahan demi perubahan...

YB merakamkan gambar kenang-kenangan

YB melakukan 'switch on' lampu isyarat pertama di Saratok

Untuk album....

Antara wanita-wanita yang turut hadir

PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS PRA TANAM SEMULA RISDA

Cenderahati daripada RISDA untuk YB

Penyampaian 'Bunting' Kempen Tanam Semula 2010

Pelancaran Kempen Tanam Semula 2010

Simbolik Penyerahan Anak Benih Terbaik kepada wakil peserta

Seramai 30 orang peserta telah menerima sijil Kursus Pra Tanam Semula Getah anjuran RISDA Bahagian Betong dekat sini, semalam.

Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar, YB Tn Haji Abdul Wahab Aziz telah menyempurnakan acara tersebut yang turut diadakan serentak dengan Simbolik Penyerahan Anak Benih terbaik kepada peserta dan Pelancaran Kempen Tanam Semula Tahun 2010.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah RISDA Negeri Sarawak, Tn Haji Sophian, wakil Pegawai Daerah Saratok, Michael Dajie, Pegawai RISDA Bahagian Betong, Mohd Rizal Ahmad, Pegawai Felcra Saratok, Rimdan dan Pegawai Penerangan Daerah Saratok, Norliza Isahak, Pemanca Jong Thai Bee dan ketua-ketua masyarakat.



Sunday, December 20, 2009

PROGRAM INFO BESTARI KOMUNITI BESTARI KPG MELAYU ROBAN

Kusyuk menyempurnakan bacaan khatam sambil disaksikan oleh Tuan Imam dan Guru Mengaji
Amanat daripada YB Menteri Muda

Cenderahati kenang-kenangan untuk YB daripada K-Bestari Kpg Melayu Roban

Acara Menepung Tawar

YB sedang ditepung tawar

Moga YB sentiasa dilindung di bawah payung kesejahteraanNya

Tanggal 20 Disember 2009, Komuniti Bestari (K-Bestari) Kampung Melayu Roban dan Jabatan Penerangan Daerah Saratok telah mengadakan Majlis Khatamal Al-Quran dan Kesyukuran Kepulangan Menteri Muda Perumahan dan Pembangunan Bandar dan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar , Tuan Haji Abdul Wahab Aziz Dari Tanah Suci Mekah.
Pada majlis tersebut, seramai 28 orang anak-anak K-Bestari Kpg Melayu Roban telah menyertai Majlis Khatamal Al-Quran tersebut. YB juga turut ditepung tawar sebagai tanda syukur beliau pulang ke tanah air dengan selamat.
Dalam ucapannya YB sempat berpesan kepada masyarakat di Roban supaya sentiasa mengekalkan perpaduan untuk mengukuhkan lagi ikatan yang sedia terjalin di kalangan masyarakat yang berbilang kaum di situ.
Selain itu, beliau juga mengharapkan agar ibu bapa sentiasa mengutamakan pendidikan anak-anak demi masa depan yang gemilang di hari muka.
Beliau mengakhiri ucapan dengan mengumumkan geran RM 5,000 masing-masing kepada K-Bestari Kpg Melayu Roban dan K-Bestari Kpg Sessang. Terima Kasih YB!
Hadir sama pada majlis tersebut ialah wakil Pegawai Daerah Saratok, Suhandi Tugiman, Pegawai Penerangan Daerah Saratok, Norliza Isahak, Pengerusi K-Bestari Roban, Gani Eli, Pemanca Jong Thai Bee, KK Kpg Melayu Roban, Morshidi Well, wakil ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua masyarakat.